1

Adoyaiiii! Gelak besar Miss baca status yang dimuat naik oleh gadis kat atas tu, rasa nak berguling-guling pun ada.. Miss mula-mula baca dia punya status tu, baca macam biasa jer.. Tapi bila baca lagi sekali, ternampak pulak perkataan ‘picture’ tu terus gelak besar weiii.. Hahhahaah..

Nak kata dia ‘typo’, tak jugak.. Jauh beza nak mengeja ‘future’ dengan ‘picture’.. Itu lah.., dulu masa cikgu ajar bahasa Inggeris, dia pergi tidur dalam kelas tu buat apa?? Sekarang tak pasal-pasal dah memalukan diri sendiri..

Tak apa lah, ‘picture’ husband pun ‘picture’ husband lah.. Asalkan ada dengar bunyi macam ‘London’ sudah lah yer.. Hhahahaa.. Lawaknya tu bila dia betul-betul yakin dengan perkataan yang dieja, tu bikin gelak besar bila orang lain baca..

Sampaikan orang tanya ‘picture husband’ pun, terus jawab ‘yup’.. Hihii.. Ini bukan kali pertama Miss baca status ‘typo’ macam tu, dah ramai yang dok buat macam tu.. ‘Face to face’ jadi ‘fast to fast’, ‘stalker’ jadi ‘sticker’, ‘cancel’ jadi ‘cancer’ dan banyak lah lagi kalau nak disenaraikan..

Miss tahu dorang pun nak menggunakan ayat English jugak bila muat status di media sosial, itu bagus sebenarnya sebab nak belajar menggunakannya daripada tak mencuba langsung.. Betul tak??

Tapi sebelum nak letak perkataan English tu dan tak yakin dengan ejaan perkataan tu.. Lebih baik ‘google’ atau buka kamus dulu lah yer.. Takut memalukan diri sendiri balik jer, korang jugak malu bila tersebar macam tu.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

  1. SinggahSebentar30 June, 2016 15:07

    jangan pi swimming pakai google sudah... kah kah

    ReplyDelete

 
Top