0

Mendengar berita artis tempatan mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sudah menjadi perkara biasa.. Kebanyakkan artis dah mula sedar tak perlu terlalu bergantung untuk mendapatkan sumber pendapatan dalam industri hiburan..

Antara bisnes yang paling popular di kalangan artis tempatan ialah tudung,minyak wangi, kafe dan busana.. Nampaknya suami Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin pun akan mula menceburikan diri dalam bisnes..

Menariknya bisnes yang akan Zain hasilkan jarang dilakukan oleh artis tempatan lain.. Zain bakal mengeluarkan kasut khusus untuk lelaki.. Idea untuk keluarkan kasut jenama sendiri tercetus sebab telah dicabar oleh Che Ta..

Che Ta ada hadiahkan Zain kasut jenama mahal, kadang-kadang kasut itu kurang selesa dipakai dalam tempoh lama.. Sebab itu Zain nak hasilkan kasut bergaya dan pada masa yang sama ‘sedap’ dipakai dalam tempoh yang lama..

Nama untuk jenama kasut dikeluarkan oleh Zain adalah ZapatoS, jenama kasut Zain diperolehi waktu bercuti di Sepanyol.. Dalam bahasa Sepanyol kasut dipanggil ZapatoS.. Ejaan untuk kasut tu pun kena dengan nama Zain iaitu Z dan S..

Kasut jenama ZapatoS sudah pun dikeluarkan di pasaran.. Boleh ikuti akaun Instagram Zain untuk tengok perkembangan.. Nanti pereka kasut tempatan pula menyuarakan pendapat tak dapat cari makan sebab Zain keluarkan jenama kasut sendiri..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top