0

Kebiasaan yang suka mengadu masalah rumah tangga, si isteri lah.. Bukannya suami tak ada mengadu masalah rumah tangga, cuma dorang selalunya hanya mendiamkan diri jer..

Jarang nak mendengar dorang mengadu, perempuan biasalah mudah bermain dengan emosi.. Ada masalah sikit pun akan mengadu juga, betul tak??

Kali ini, Miss nak ceritakan masalah seorang suami ni.. Dia ada meluahkan masalahnya di laman popular yang jadi tempat pasangan suami isteri meluah masalah, mana lagi kalau bukan laman ‘Kisah Rumah Tangga’ lah..

Di situ ada macam-macam masalah di luahkan, ada sesetengah tu bikin kita panas jer membaca dan ketawa pun ada.. Yela, kadang-kadang ‘masalah’ tak masuk akal dan merepek pun nak dikecoh-kecohkan..

Balik kepada lelaki tadi tu, dia menceritakan yang dia tak tahan dengan sikap pengotor si isteri yang dah sampai tahap ‘kritikal’ dah.. Miss baca pun tergelak-gelak jer dan rasa jijik sekali.. Korang nak tahu apa masalah lelaki tu??

Dia mengatakan isterinya tu mempunyai tabiat suka mengorek hidung, lepas tu suka gentel dan makan.. Eeeiii! Miss rasa nak muntah hijau bila si isteri tu sanggup makan tahi hidung dia sendiri, kalau setakat korek jer tak apa lah jugak..

Ini tidak, siap gentel dan makan pulak dah.. Betul-betul terok punya perengai! Huhhuhu.. Patutlah si suami meluahkan masalahnya tu sebab dah tak tahan nak simpan seorang diri.. 

Sebelum ni, tabiat si isteri dikatakan tak terok sangat, sejak akhir ni jer tabiatnya tu sudah semakin teruk dan lebih teruk tu bila hadapan orang ramai pun dengan selamba jer dia mengorek hidung..

Amboiii! Ni tahap pengotor teruk sangat dah ni, patutlah si suami terpaksa berpura-pura pergi tandas bila si isteri buat perangai kotornya depan orang lain.. Kalau Miss pun cabut lari jugak, malu weii bila pasangan buat perangai macam  tu! Huhuuhu..

Si isteri tu pun, agak-agaklah nak korek hidung pun depan orang lain.. Menjatuhkan maruah dia dan suaminya jer lah!

Hidung tu penuh dengan tahi hidung sangat ke sampai dok korek selalu, hah?? Si isteri tu kalau dia tak mengubah sikapnya tu, jangan tanya lah kalau si suami cari orang lain yer! Haishhh!! -MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top