1

Seorang pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menggesa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tampil menjelaskan mengenanai Rang Undang-Undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah bagi mengelakkan kekeliruan terus berlaku.

Shamrahayu berkata, kekeliruan yang timbul mengenai RUU meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) adalah kerana tiada penjelasan oleh pihak yang membentangkan usul itu.

Timbul pula persoalan.... Betul ke kekeliruan yang timbul bagi sesetengah pihak tertentu disebabkan Hadi tak pernah tampil menjelaskan mengenai usul RUU Islam?? Betul ke ni??

Rasanya dah banyak kali Hadi jelaskan.... Dalam setiap ceramah atau program yang dihadiri Pas, Hadi pasti menyentuh mengenai usul RUU Islam ini dan Hadi akan menjelaskan mengenai usul tersebut kepada hadirin yang hadir.

Dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang baru melabuhkan tirai baru-baru ini pun, Hadi ada menjelaskan mengenai pindaan akta RUU Islam ini.

Cuma Hadi tak berpeluang untuk menjelaskan kepada parti-parti bukan Islam... Ini disebabkan parti-parti bukan Islam di negara ini cukup takut dengan undang-undang Islam... Tak tahu kenapa.

Macam DAP tu.... Pas belum jelaskan lagi tentang RUU Islam ini... Parti cina kiasu tu awal-awal lagi dah membantah... Sudahlah membantah secara membabi buta... Nak diberi penjelasan juga tak mahu didengarnya... Pastu mula memburuk-burukkan Pas.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

  1. Bagi Ustaz Hadi jelaskan di tv perdana supaya semua boleh jelas. Then media cetak perdana kena masukkan penjelasan berkenaan. Memandangkan PAS UMNO sedang saling berbaik eloklah diberi peluang tersebut kepada Hj Hadi.

    Izwaf

    ReplyDelete

 
Top