0

Polis sudah menahan seorang lelaki semalam, bagi membantu siasatan kes cabul budak perempuan enam tahun di Taman Kota Jaya, dekat Kota Tinggi Johor.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 20 tahun itu ditahan kira-kira 5.24 petang di Balai Polis Kota Tinggi selepas dia datang ke balai polis bagi memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

"Lelaki yang tidak bekerja itu kini direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menggesa ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama yang masih kecil.

Wan Ahmad Najmuddin turut meminta ibu bapa berhati-hati terhadap anggota keluarga sendiri atau penjaga anak supaya anak tidak menjadi mangsa jenayah seksual.

Beliau berharap Ibu bapa juga diminta menjalinkan hubungan rapat dengan anak supaya mereka tidak segan dan takut untuk mengadu sebarang masalah.

Semalam, media melaporkan seorang wanita membuat laporan polis selepas melihat sendiri kejadian kanak-kanak perempuan dicabul di belakang rumahnya di taman perumahan berkenaan.

Kejadian itu dikongsi wanita itu di Facebooknya sejak Isnin lalu, dan kemudian menjadi viral di laman sosial. - HM

Post a Comment

 
Top