0

Sudah dua hari atau bahasa mudahnya dua kali ceramah Pas di Kuala Kangsar sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar tidak mendapat sambutan.

Semalam Pas yang mengadakan ceramah perdana di Dataran Manong tidak mendapat sambutan apabila hanya terdapat 32 orang yang hadir... Ekoran jumlah yang terlalu besar itu, Pas terpaksa membatalkan

Walaupun ceramah Pas yang diadakan di Dataran Manong itu dikhabarkan akan dihadiri oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa pemimpin tertinggi Pas.... Ceramah tersebut tetap tidak mendapat sambutan.

Bila tak dapat sambutan semalam.... Rasa kesian pula terhadap parti Islam itu.... Agak susah sebenarnya nak lihat ceramah Pas tidak mendapat sambutan atau dibatalkan kerana tiada sambutan.... Tapi dalam PRK Kuala Kangsar ini, ceramah Pas dilihat semakin hambar.

Tak apalah.... Kita lupakan cerita ceramah di Dataran Manong yang tidak mendapat sambutan... Semalam Pas tetap meneruskan ceramah dan mengadakan ceramah di hadapan pejabat Pas Kuala Kangsar di Jalan Daeng Selili.

Ceramah Pas yang  diadakan semalam di Jalan Daeng Selili dan dikhabarkan akan dihadiri oleh Timbalan Menteri Kelatan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Nasarudin Tartawi turut tidak mendapat sambutan.

Ceramah Pas yang diadakan selepas sunat tarawih malam tadi hanya dihadiri seramai 30 orang termasuk petugas AMAL Pas. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top