0

Seorang perogol menggunakan taktik licik dengan memasukan pil tidur dalam durian untuk merogol mangsa.. Bagaimana pun penjual durian berusia 43 tahun tu, telah menerima padah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun enam bulan selepas didapati bersalah merogol seorang pekerja salon kecantikan di Taichung, Taiwan..

Kejadian tu sebenarnya berlaku pada 11 Mei tahun lalu, lelaki berkenaan dikatakan menghancurkan dua pil tidur sebelum memasukkannya ke dalam durian sebelum diberi kepada mangsa..

Sebelum kejadian, lelaki tu memberi alasan mengatakan ada pelanggan mendakwa durian dijualnya masam.. Dia membawa durian diisi dengan pil tidur tu ke salon mangsa dan menyuruhnya mencuba sebelum beredar dari situ..

Beberapa jam kemudian, lelaki tu datang kembali dan mendapati mangsa terbaring tas sofa dalam keadaan khayal.. Lepas tu apalagi, dia mengambil kesempatan ke atas mangsa yang dalam keadaan lemah untuk lawan lah..

Tak boleh blah lagi, sebelum meninggalkan salun.., dia sempat membersihkan badan mangsa dengan memandikannya.. Kononnya tu nak menyembunyikan perbuatan kejinya lah..

Beberapa jam kemudian, adik mangsa datang ke salun bagi memeriksa keadaan selepas telefon bimbit kakaknya tak berjawab.. Dia terkejut bila melihat keadaan kakaknya yang tidak terurus, lalu membuat laporan polis hingga lelaki berkenaan ditangkap.. - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top