0

Tak pernah pulak Miss A dengar pasal ‘badi pengantin’, selalu dok dengar pasal ‘badi mayat’ je, kalau lepas melawat kubur jadi perkara buruk, orang mula cakap kena ‘badi mayat’.. Tapi, itu semua tak betul, boleh jadi syirik kalau percaya..

Pelakon Amyra Rosli yang dah hampir dua tahun putus tunang dengan Dazrin Kamaruddin dan masih lagi tak miliki kekasih dan susah bertemu jodoh didakwa dah kena ‘badi pengantin’..

Di awal kemunculan Amyra dalam industri seni, Amyra selalu dapat watak sebagai heroin dan memerlukan dirinya pakai baju perkahwinan.. Disebabkan dah selalu sangat pakai baju kahwin punca Amyra susah dapat jodoh..

Sedar peminat mula percaya Amyra masih lagi tak berkahwin sebab dah kena ‘badi pengantin’.. Sebagai seorang ibu dan juga pengurus pada Amyra, Noor Zaridah Ahmad dah pun tapis semua tawaran yang diberikan pada Amyra..

Kalau Amyra dapat tawaran yang memerlukan dirinya berpakaian pengantin untuk sesi forografi atau pegang watak sebagai pengantin dalam drama, ibu Amyra akan tapis dulu.. Amyra sebenarnya tak terlalu percaya tentang ‘badi pengantin’, Amyra sedar orang Melayu tak suka kalau wanita bujang selalu sangat pakai baju pengantin..

Nanti bila dah betul-betul pakai baju pengantin di majlis perkahwinan sebenar.. Hilang seri bersanding kat atas pelamin sebab dah selalu tengok Amyra pakai baju pengantin..

Memang Amyra susah dapat jodoh ke sejak putus tunang dengan Dazrin? Miss A tengok melekat je dengan pelakon Amar Baharin, takkan susah dapat jodoh lagi? Kalau memang susah dapat jodoh, tak ada la berkepit sakan dengan Amar.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top