0

Sebentar tadi menerusi akaun rasmi Instagram milik pengacara terkenal Aznil Haji Nawawi.. Aznil telah pun memuatnaik status bahawa ibu kesayangan Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil telah pun meninggal dunia..

Hajah Norbaiti Bt Hj Surur telah pun kembali ke rahmatullah dalam pukul 12.56 pagi pada tarikh 27 Jun 2016.. Arwah telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court dan ibu Pak Nil meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 90 tahun..

Jenazah ibu Pak Nil akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat sebelum solat Zohor hari ini..

Di bulan mulia ini ibu Pak Nil telah kembali pada pencipta dan buat pertama kalinya Pak Nil akan menyambut hari raya Aidifitri tanpa bonda kesayangan.. Takziah Miss A ucapkan pada Pak Nil sekeluarga, semoga tabah dalam menghadapi ujian ini..

Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top