0

Taktik sindiket pelacuran menyewa rumah teres di Taman Kasih Putera, Jempol Negeri Sembilan, untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral terbongkar apabila polis menyerbu rumah berkenaan awal pagi tadi.

Dalam serbuan 1.30 pagi itu, lima wanita warga Thailand yang dipercayai pelacur berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menjalankan Ops Noda di rumah teres setingkat berkenaan selepas menerima aduan daripada orang awam yang mengesyaki ada aktiviti pelacuran di rumah itu.

"Hasil serbuan lima wanita warga Thailand berusia antara 26 hingga 33 tahun disyaki pelacur ditahan. Kita turut menahan dua lelaki berusia 28 hingga 34 tahun yang mengaku penjaga premis dan tiga pelanggan tempatan berusia 28 hingga 30 tahun.

"Seorang penjaga terbabit sedang menjalani hukuman buang daerah mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Polis turut menemui kondom yang sudah digunakan serta merampas wang tunai RM5,208," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 15(4) akta sama.

Post a Comment

 
Top