0

Seperti yang kita maklum, BN baru saja menang bergaya mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu. Setelah penat berkempen dan menangkis tohmahan lawan, akhirnya Allah takdirkan kemenangan buat BN.

Seperti biasa juga, setiap kali tewas, ada saja yang diperkatakan pembangkang. Bukan saja UMNO dihentam, malah ada juga pemimpin Pakatan 'Tiada' Harapan yang menuding jari menyalahkan rakyat kerana memilih BN!

Sudah kalah, kalahlah. Mengapa perlu Rafizi salahkan rakyat pula?

Namun begitu, ada yang 'gunting di dalam lipatan' UMNO yang tidak sedar diri muka tak malu. Tiba-tiba saja dia ucapkan tahniah atas kemenangan BN di dua parlimen itu. Padahal, boleh dikatakan tiap-tiap hari dia hentam Presiden UMNO yang juga merupakan Pengerusi BN!

Malah bapanya bukan saja mahu BN tewas di kedua PRK itu. Siap turun ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar tolong pembangkang berkempen bagi memastikan BN kalah. Tapi anaknya pula boleh ucap tahniah?

Di mana dia ketika jentera BN bertungkus lumus berkempen dari rumah ke rumah? Dari peringkat Ketua Cawangan hinggalah kepada Ketua UMNO Bahagian datang tolong berkempen untuk BN. Yang tiada kepentingan dan tidak popular pun datang hulur bantuan pada parti.

Dia? Jangankan batang tubuh, bayang pun tidak kelihatan. Langsung tidak turun memberi bantuan. Padahal, jentera di UMNO Bahagian yang dia ketuai begitu teruja mahu turun padang membantu jentera UMNO Sungai Besar dan Kuala Kangsar berkempen.

Pada pandangan penulis, apa yang berlaku di kedua PRK itu membuktikan bahawa tanpa pertolongan dari golongan 'aristokrat' dan 'diktator' pun BN mampu menang bergaya. Bukanlah niat mahu bercakap besar, namun itulah hakikat yang perlu mereka itu telan kebenarannya.

Mereka bukan saja tidak membantu, malah belot pada parti. Tapi Allah berikan juga kemenangan kepada BN. Kenapa? Mungkin kerana terlalu banyak dosa dan fitnah yang mereka lemparkan kepada Presiden parti hingga Allah berikan kejayaan kepada BN.

Hikmahnya, memang UMNO tidak perlukan 'jemuan' di dalam parti. Seperti yang pernah diungkap di depan 'aristokrat' itu dalam satu majlis, ternyata tanpa 'anak diktator' itu BN masih menjadi pilihan rakyat dan Presiden UMNO tetap dijiwa golongan marhain.

Pada penulis, mereka-mereka ini umpama golongan 'harum manis' di dalam PAS. Jenis tidak reti bahasa dan tidak tahu perjuangan parti. Mereka hanya pentingkan kepentingan diri mereka dan tembolok mereka perlu diisi dengan serakah jawatan tinggi.

Rakyat tidak sebodoh yang mereka sangka. Cukuplah 22 tahun rakyat pertahankan bapanya. Kini giliran Dato' Seri Najib Tun Razak pula. Jika dia tidak sabar, sila masuk PAN dan kita tengok apa nasibnya nanti. Jika bapanya boleh bersama Kit Siang, apa salahnya dia bersama Mat Sabu, kan? -Amir Hamzah/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top