0

Walaupun baru saja kehilangan bonda tercinta beberapa hari yang lalu, itu tak mematahkan semangat pengacara terkenal Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil untuk menunaikan janji dengan membawa 180 kanak-kanak dan remaja membeli belah sempena raya..

Aktiviti membawa kanak-kanak dan remaja dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih untuk beli barang raya dah lama dirancang.. Setiap yang berlaku tak dapat diduga, sehari sebelum tarikh itu, Pak Nil dah pun kehilangan bonda kesayangan..

Bagi sesetengah artis lain beberapa hari selepas kematian bonda tercinta, pasti segala aktiviti dalam masa terdekat akan dibatalkan.. Tapi, lain pula yang dilakukan oleh Pak Nil, tetap meneruskan segala perancangan yang dah dirancang untuk bersama 180 kanak-kanak dah remaja membeli belah di sebuah pasar raya..

Walaupun masih dalam keadaan bersedih Pak Nil tetap temankan kanak-kanak membeli barang raya.. Rata-rata netizen puji perbuatan murni yang dilakukan oleh Pak Nil, bukan semua boleh buat macam mana Pak Nil buat ni..

Sebenarnya Pak Nil rasa lega sebab dah dapat tunaikan janji dengan semua kanak-kanak itu.. Kalau ikutkan memang Pak Nil tak kuat untuk keluar bekerja, tapi sebab fikirkan nasib kanak-kanak itu, Pak Nil tetap teruskan program..

Kanak-kanak itu memang dah lama sedia  maklum dengan aktiviti yang berlansung, Pak Nil tak sampai hati sebabkan masalah Pak Nil seorang.. Kanak-kanak itu terpaksa menangguh hasrat untuk membelanja barang raya..

Menerusi akaun Instagram, Pak Nil sifatkan menggembirkan hati kanak-kanak ini juga adalah pahala untuk ibu dan ayahnya yang telah kembali ke rahmatullah.. Amalan baik anak-anak di dunia adalah salah satu saham akhirat untuk ibu bapa kita.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top