3

Islam diminta tidak membayar zakat secara terus kepada asnaf kerana perbuatan itu hukumnya haram, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan membayar zakat kepada pusat zakat dilantik kerajaan di setiap negeri.

"Mengikut hukum syarak, apabila ada satu badan yang telah dilantik kerajaan untuk mengumpul zakat fitrah dan harta, setiap orang wajib mengeluarkan zakat kepada badan itu

“Ini kerana badan itu sudah diperintah mencari dan mengumpulkan asnaf yang ada untuk disampaikan secara adil hasil zakat," katanya di sini, hari ini.

Dr Harussani mengulas berhubung isu viral di Facebook yang 70 peratus orang ramai bersetuju membayar zakat terus kepada asnaf manakala 30 peratus lagi kepada badan pungutan zakat.

Menurut beliau, pembayaran seperti itu hukumnya tidak sah.

“Pendapat seperti ini salah kerana MAIPk memberi zakat secara adil kepada asnaf yang layak menerima. Pegawai kita masuk kampung untuk mengesan asnaf yang layak menerima zakat dan gaji mereka kita ambil daripada bahagian amil, bukan daripada asnaf," katanya.

Menurutnya, 24,936 asnaf menerima zakat daripada MAIPk setiap tahun.

Selain itu, Dr Harussani berkata MAIPk membina dan membaik pulih lebih 600 rumah asnaf di setiap daerah negeri ini membabitkan RM12.6 juta tahun lalu.

“Setiap rumah yang dibina mempunyai tiga bilik dengan kos RM48,000 dan RM40,000 bagi rumah dua bilik," katanya.

MAIPk memperuntukkan lebih RM20 juta bagi bantuan bulanan kepada fakir miskin yang tidak berupaya untuk menyara kehidupan mereka dan tahun ini, MAIPk menyasar kutipan zakat RM160 juta berbanding RM140 juta tahun lalu.

"Sehingga semalam, kita sudah mengutip RM70 juta zakat dan sudah mengagihkan lebih RM80 juta kepada asnaf di negeri ini," katanya.

Post a Comment

  1. Bayar zakat terus kpd fakir miskin dan asnaf lainnya, adakah begitu yg diamalkan di zaman Rasullullah saw ?

    Spt kata tok mufti, bila pemerintah telah menubuhkan badan khas utk pungutan dan agihan zakat, mk ke situlah sewajibnya zakat dibayar.
    Jika kita tinggal di negara kafir yg tiada badan sebegitu, terpulanglah kpd kita mencari sendiri asnaf yg layak utk menerima zakat.

    ReplyDelete
  2. Sah atau Tidak Sah bukan hak Mufti untuk menentukan. Semuanya hak ALLAH. Mufti tidak jalankan tugas sama juga pihak zakat tidak menjalankan tugas yang diamanahkan oleh ALLAH. Jika betul pihak tuan menjalankan tugas dengan betul maka kenapa masih ada ASNAF!

    ReplyDelete
  3. Pak Malau jangan tunjuk bodoh sangat ye. Kenapa masih ada ASNAF??? Pak Malau faham tak maksud ASNAF dan siapa yang dikatakan ASNAF tu?? Inilah jadinya bila si bodoh berbicara. ASNAF pun tak kenal lagi ada hati nak pertikai pasal zakat. Kahkahkah

    ReplyDelete

 
Top