0

Bagi siapa yang tak tahu jenis kaki selfie tu macam mana, meh Miss tunjukkan pada korang.. Inilah contoh terbaik kaki gila selfie yang batak perhatian! Golongan macam tu dah merebak satu dunia.. Korang kalau ada kawan macam tu, sakit kepala dibuatnya..

Mana tidaknya.., tak kira apa saja dorang lakukan, pasti akan mengambil gambar.. Dah mengambil gambar banyak-banyak tu dah satu hal, lepas tu mula lah menyemak muat naik di media sosial..

Tujuan gambar tu semua diambil dan simpan dalam handphone untuk apalagi kalau bukan minta perhatian dan ‘like’ dari orang lain yang melihat gambar tu! Macam minah kat atas tu, korang lihat lah gambarnya..

Tertonggeng dengan kepala melekat kat sejadah tu pasal acah-acah tengah solat lah.. Korang bukannya tak tahu, bulan Ramadhan ni dah menjadi ‘trend’ muat naik status dan gambar tengah solat jer berlambak kat laman sosial..

‘Done’ terawih lah, ‘done’ baca yasin, dan banyak lah lagi kalau nak disenaraikan.. Minah tu pun sama lah, nampak tak kat tangannya ada apa?? Baik punya pegang handphone macam tu, lepas tu mengambil gambar..

Macam tu pun boleh selfie noh, memang betul-betul batak perhatian lah.. Miss rasa macam nak hentuk-hentuk jer kepalanya kat dinding, biar otak berfungsi dengan baik sikit..

Kalau nak solat tu, solat jer lah.. Tak payah lah nak menunjuk diri tu tengah solat bagai! Biar diri dan Tuhan jer tahu apa yang korang lakukan, tak perlu nak kecoh-kecoh dan menunjuk.. Ini tidak, dah serupa mempermainkan agama jer! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top