0

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui parti Islam itu perlu bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain tetapi kerjasama tersebut mesti bersyarat.

Pula dah Pas ni.... Takkan Pas nak buat 'U-turn' nak balik ke pangkuan Pakatan pembangkang... Pas tak serik-serik lagi ke diperkudakan oleh rakan-rakan sekutu dalam Pakatan pembangkang?? Takkan Pas nak perkara yang dulu berulang kembali??

Tuan Ibrahim yang menjelaskan syarat kerjasama tersebut berkata, syarat pertama yang perlu dipersetujui oleh semua parti-parti pembangkang ialah parti pembangkang mesti mengelak dari bertembung sesama sendiri dalam pilihan raya dan jangan sesekali meminta rakan sekutu supaya mengorbankan kerusi.

Yang kedua, Tuan Ibrahim mahu parti-parti pembangkang menghormati prinsip dan dasar perjuangan parti rakan sekutu dan tidak mahu perkara ini berulang sepertimana yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dahulu.

"Prinsip utama yang boleh dipersetujui ialah satu lawan satu dan jangan minta rakan kerjasama korbankan kerusi. Kedua, setiap parti mesti diberi kebebasan memperjuangkan prinsip parti secara demokrasi," kata Tuan Ibrahim.

Alahai Tuan Ibrahim.... Siap letak syarat nak balik ke pangkuan Pakatan... Tuan Ibrahim ingat dengan syarat tu Pas akan dilayan dengan elok dan dapat elak perkara yang dahulu tu ke??

Abaikan jelaa Tuan Ibrahim... Walaupun Pas letak syarat untuk balik ke pangkuan Pakatan... Parti dalam Pakatan Harapan tu hanya iyakan saja... Terima saja syarat yang ditetapkan Pas tu... Tapi bila Pas dah bersama dengan mereka, jangan mimpi laa parti pembangkang dalam Pakatan Harapan tu nak dengar syarat-syarat Pas.

Apa yang penting bagi dorang hanya sekadar mahu menumpang sokongan parti Islam tu untuk memenangkan mereka.... Bila dah menang, dorang akan tendang Pas macam sebelum ini... So, Pas diingatkan supaya tidak menjadi buta untuk bekerjasama dengan mereka.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top