0

Sesuai untuk kita simpulkan kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah berkat daripada kesabaran yang ditunjukkan oleh pemimpin parti dan para anggotanya. Iyela, BN kan sebelum ini dihimpit dengan pelbagai tuduhan tidak berasas dan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kemenangan yang diperolehi BN adalah hadiah yang paling terindah oleh Tuhan setelah hambanya sabar menempuh segala dugaan. berkat kesabaran mereka yang dilemparkan pelbagai fitnah sepanjang menjalani ibadah tersebut ternyata dibalas dengan kemenangan.

"Mungkin orang sabar ini, tuhan berikan kemenangan kepadanya. Puasa ini bukan sahaja tahan lapar, tapi mulut pun kena tahan juga," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Berbuka Puasa di Kompleks UMNO Uthmaniyah di Pasir Puteh, semalam.

kesepakatan pembangkang yang kini tidak lagi berapa nak sepakat itu juga menjadi punca kepada kemenangan BN. Najib yang juga Presiden BN itu berkata, kekalahan pembangkang kali ini menjelaskan keadaan pakatan mereka yang sebenar, langsung tiada nilai perpaduan dan celaru.

Mana tidaknya, korang tengok jela sesama pembangkang pun dorang asyik menyerang antara satu sama lain. Parti Amanah Negara (PAN) sibuk menghentam Pas sedangkan mereka berada dibawah satu bumbung bernama pembangkang.

"PAS tembak PAN (Parti Amanah Negara), PAN pula tembak PAS. Mereka tak nampak (menyerang) BN," katanya.

Majlis itu, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang, turut disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yakub dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Tan Sri Annuar Musa.

Pada majlis itu, Najib yang mewakili Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut menyampaikan surat tawaran menunaikan haji kepada 14 Ketua UMNO Bahagian di Kelantan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top