0

Bukan main lagi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dok menafikan mengenai dakwaan tandatangan palsu Deklarasi Rakyat yang mencurigakan tu... Katanya semua sejuta lebih tandatangan yang diperolehi mereka semuanya ‘asli dari ladang’.

Itu kata Mahathir, tapi pada hakikatnya semua tu satu penipuan! Dok menipu sangat, akhir sekali Mahathir sendiri yang buka pekung dan dedahkan mengenai kejahilan diri sendiri. Mahathir bukan sahaja menipu malah busuk perut... Orang kata, siam perut hijau!!

Kali ini Mahathir sendiri yang mengakui bahawa kira-kira 300,000 nama yang mencurigakan telah dikeluarkan daripada senarai memorandum Deklarasi Rakyat... 

Nahhhhh, nampak sangat yang Mahathir sebenarnya banyak ciplak tandatangan palsu.
Aktivis Badrul Hisham Shaharin kali ini menggesa dan mengarahkan pihak berkuasa serta seluruh pasukan forensik polis agar melakukan siasatan lanjut terhadap Mahathir dan seluruh pemimpin yang terlibat.

Ketua Sahabat Anak Muda Malaysia (SAMM) itu juga mencadangkan supaya pasukan forensik melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap programmer atau pengatur cara komputer, Azharuddin Othman.

Sebab sebelum ini Azharuddin Othman telah  membuat satu akuan bersumpah yang mengesahkan dan mendedahkan dirinya telah menjual 900,000 nama daripada pangkalan data miliknya untuk tujuan memorandum deklarasiMahathir  tersebut.

“Panggil Azharuddin dan dapatkan senarai nama yang dibekalkan kepada seketeriat Deklarasi Mahathir, kemudian dapatkan senarai sokongan dari seketeriat Deklarasi Mahathir.

“Bezakan kedua-duanya, jika terdapat pertindihan hubungi penama tersebut dan dapatkan adakah mereka sedar nama mereka dalam senarai sokongan deklarasi tersebut?” kata ahli PKR yang digantung keahliannya itu.

Pada 30 Mei lalu, setiausaha sekretariat itu Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, sejumlah 253,505 tandatangan telah dikeluarkan kerana pertindihan dan tidak lengkap.

Badrul atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata, seandainya sekretariat Deklarasi Rakyat  enggan untuk bekerjasama... Nampak sangat yang sekretariat Deklarasi Rakyat ni pun pembohong sama seperti Mahathir. Kalau orang sudah membohong, tak kan la dorang nak buka pekung sendiri pulak kan.

Nampak sangat yang Mahathir sengaja membeli nama-nama palsu tu untuk dimasukkan ke dalam senarai tandatangan tersebut... Nak bagi nampak banyak sebab nak raih simpati dan  memohon campur tangan Raja-raja Melayu untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kenapa Gomez kata Mahathir ni penipu?? Sebabnya sebelum ini Mahathir mengakui wujud kes beberapa tandatangan berlainan yang dimiliki oleh seorang pengguna MyKad dalam deklarasi itu.

Sudah la beli tandatangan... Lepas tu tuduh pulak yang kerajaan sengaja menghalang rakyat Malaysia untuk menurunkan tandatangan mereka demi Deklarasi Rakyat dan demi cita-cita Mahathir.

"Mereka menjadi takut selepas kerajaan memutuskan untuk mengurangkan bantuan kewangan BR1M dan mengganggu perniagaan mereka, antara lain," dakwanya. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top