0

Bulan lima kita menyambut hari ibu, bulan enam giliran bapak pulak lah yer.. Bagi siapa yang terlupa, semalam adalah hari bapa.. Sambutan hari istimewa macam tu sebagai hari peringatan buat mak bapak, tapi untuk menghargai jasa mak bapak ni sebenarnya tak kira masa pun..

Hari-hari kita boleh sambut hari ibu atau bapak, betul tak?? Ibu dan bapak adalah harta paling berharga dan tak ternilai, setiap masa kita perlu menghargai dorang tanpa sebarang alasan.. Tanpa dorang, siapa lah kita..

Semalam kat laman sosial penuh lah dengan ucapan hari bapak.. Pakat ramai meraih atau memberi ucapan kat bapak masing-masing.. Minah kat atas tu pun salah seorang yang tak terlepas untuk muat naik ucapan hari bapak kat laman sosial..

Tapi dia punya ucapan tu bikin mencetuskan panas jer, lain daripada lain sikit! Cer korang baca dia punya ucapan yang dimuat naik di laman sosial Facebooknnya dan fahami maksudnya tu betul-betul.. Miss banyak pun berbulu mata dan sampai menggeleng kepala jer!

Kononnya tu muat naik ucapan tu sambil berlawak lah, ngeri betul budak-budak sekarang punya ‘lawak’ noh! Memang dah tak ada tapis langsung dorang punya pemikiran, Miss baca pun naik ‘seram’ jer..

Perlu ke dia tulis ‘tak pakai kondom’ tu yer?? Agak-agaklah kalau nak tunjuk ‘open minded’ sekali pun! Status tu kalau bapak dia sendiri baca pun mesti rasa malu, betul tak??

Nak beri sebarang ucapan apa-apa sekali pun, tak perlu lah nak masuk ayat-ayat yang tak sepatutnya.. Tak gempak pun buat macam tu, itu hanya menjahanam kata-kata indah untuk ditujukan jer.. Haishhh!

Ini baru ucapan hari bapak, kalau hari ibu macam mana pulak agaknya dia punya ucapan yer.. Seram jer Miss nak memikirnya.. Huhuuhuu.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top