0

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli akan dipanggil pihak polis bagi mendapatkan keterangan berhubung ceramahnya yang dikatakan mengandungi unsur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi, pihak mereka akan membuka kertas siasatan terhadap Rafizi mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Tindakan tersebut diambil selepas pihak polis mendapat satu laporan berhubung ceramah berbaur ugutan tersebut.

"Siasatan masih diteruskan namun polis akan memanggil beberapa individu termasuk Rafizi untuk memberi keterangan," katanya di Kuala Kangsar, hari ini.

Pada 9 Jun yang lalu Rafizi telah mengadakan satu ceramah yang bertempat di Kuala Kangsar. Dalam ceramah tersebut Rafizi merayu supaya pengundi memilih calon dari Parti Amanah Negara (PAN), Dr Ahmad Termizi Ramli keran beliau seorang ahli fizik nuklear yang berkelayakan.

“... kita mahu hantar dia masuk parlimen, kita mahu dia baling ‘atom bom’ ke atas Najib sebelah sana, mesti meletup,” katanya.

Sepatutnya, dalam mana-mana percakapan mahu pun ceramah istilah ‘bom’ adalah sesuatu yang tidak patut dibuat mainan. Bukan apa walaupun ia hanya istilah atau dianggap gurauan... Tetapi insiden-insiden yang berkaitan dengan ‘bom’ juga kerap berlaku di Malaysia. Sebab tu kita tak boleh buat main.

"Ya, walaupun ia gurau, namun ia adalah ugutan, kita akan siasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Bukan itu sahaja, Rahim sempat menasihati para calon PRK supaya menjauhkan diri daripada menggunakan bahasa dan berkelakuan yang boleh menonjolkan sikap provokasi antara satu sama lain. Dilarang juga dari mengeluarkan kenyataan provokatif ketika berceramah.

"Saya nasihatkan kepada parti-parti yang bertanding atau penceramah-penceramah supaya tidak melibatkan, mengadakan, membuat provokasi antara satu sama lain.

"Jangan libatkan isu-isu perkauman, keagamaan dan juga kebudayaan yang boleh gugat keamanan dan keselamatan," katanya. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top