0

Korang tak payah la nak buat drama sedih sangat la ekoran pemecatan  Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir  daripada parti UMNO tu. belajar la untuk terima hakikat dan berlapang dada dengan keputusan tersebut.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihatkan UMNO Negeri supaya terbuka hati untuk menerima keputusan yang dibuat oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO tersebut.

Pemecatan tersebut dibuat setelah mengambil kira mengenai masalah disiplin yang ditunjukkan oleh dua pemimpin tersebut. Keputusan yang dibuat tersebut langsung tiada kena mengena dengan sentimen kenegerian... sebaliknya atas hukuman perlakuan mereka sendiri.

"Kalau keputusan pemecatan ini diterima sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (UMNO), sepatutnya UMNO di perhubungan negeri juga perlu menerimanya.

"Perkara ini penting bagi kita kerana semua pihak tak kira UMNO di Johor atau di mana-mana negeri pun perlu memahami apa sebab keputusan (pemecatan) itu dibuat," katanya.

Tambah Hishammuddin lagi, beliau mengharapkan supaya Mukhriz dan Muhyiddin dapat menerima keputusan tersebut dengan rasa rendah diri... Elok sangat kalau dorang istiqomah dan menyesal atas perbuatan mereka. Jangan pulak lepas dorang kena pecat ni dorang jadi lebih giat untuk jatuhkan perdana menteri.

Ingat apa yang pernah dilafazkan dorang ketika berada dalam parti dahulu... sentiasa berpegang teguh kepada janji-janji untuk bersama berjuang membela nasib agama, bangsa dan negara menerusi UMNO. Bukannya mengkhianati UMNO macam dorang buat sebelum ini.

Jumaat lepas, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Muhyiddin, yang sebelum ini digantung daripada jawatan Timbalan Presiden, dipecat daripada UMNO bersama-sama Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi UMNO menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top