0

UMNO Semporna diberi amaran supaya tidak menghasut UMNO Kedah dan Pagoh supaya turut serta membuat tindakan bodoh seperti mereka. Korang tahu kan mengenai upacara keluar parti secara besar-besaran kerana membantah pemecatan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada parti.

Harap-harap UMNO Kedah dan Pagoh tak jadi otak seminit macam yang berlaku di Semporna tu la yer! Bukan apa, sia-sia je kalau korang nak protes dan kononnya dengan keluar parti tu korang rasa yang korang dapat tunjuk sikap ‘kesetiaan’ dan sokongan korang pada Muhyiddin dan Mukhriz.

Buang masa jela.... Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin berkata dirinya terkejut dan agak kecewa dengan tindakan tidak cerdik dilakukan sesetengah UMNO Semporna tu yang meninggalkan parti kerana membantah penggantungan Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dari Umno.

“Saya terkilan sedikit di mana perkara sebegini berlaku di Semporna iaitu di Sabah kerana seramai 200 cawangan Umno keluar dari parti bersama dengan Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri sekali. Ini dilihat sebagai tanda protes terhadap kepimpinan parti.

“Kita perlu perkukuhkan barisan kita. Pemimpin datang dan pergi namun perjuangan parti kena diteruskan.

“Saya percaya Shafie Apdal mampu melakukan yang terbaik. Sudah menjadi lumrah politik, hari ini berkawan esok menjadi lawan,” katanya.

Antara pemimpin-pemimpin yang dungu dan mahu mengikut jejak langkah Muhyiddin dan Mukhriz yang telah mengkhianati parti adalah Naib Ketua Umno Semporna dan ADUN Sulabayan Datuk Dr Jaujan Sambakong, Ketua Pemuda Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya dan 200 ketua cawangan bahagian itu.

Nak tanya sikit, apa yang korang dapat kalau korang mengikut jejak langkah dua pengkhianat parti tu?? Nanti dorang ke yang nak bela nasib dan anak bini korang?? Atau korang nak ikut langkah Mahathir yang otak sempit sehingga sanggup jadi macam pembangkang?? Kalau UMNO Pagoh dan Kedah turut keluar parti, korang memang tak cerdik!-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top