0

Buang je mana-mana pemimpin dalam UMNO yang menjadi musuh dalam selimut pada parti ni... Bukan apa kalau dorang dok bergelumang dalam parti tu pun, buat busuk parti je. Ada dorang hanya akan menjahanamkan lagi parti.

Jadi buat apa simpan kan... Tengok macam UMNO Bahagian Semporna kena bubar terus sebab ahlinya langsung tidak sefahaman dengan Majlis Tertinggi UMNo yang membuat keputusan penggantungan keahlian ketuanya Datuk Seri Shafie Apdal.

Seeloknya, UMNO Pagoh juga buat perkara yang sama... Sebab tidak seharusnya dalam UMNO kita menyimpan orang yang menjadi pisau dan gunting. Singkirkan sahaja pengkhianat parti kerana mereka akan merosakkan imej dan kreadibiliti parti. Sejak Tan Sri Muhyiddin Yasin dipecat, banyak pulak suara sumbang berbunyi.

Memang tepat sangat saranan Sebahagian besar ketua cawangan UMNO yang mencadangkan supaya pembersihan dilakukan di  UMNO Bahagian Pagoh termasuk membubarkan jawatankuasa sedia. Bukan apa, tindakan tersebut hanya bagi memastikan anggota setia pada pucuk pimpinan parti.

“UMNO Bahagian Pagoh mesti dibubarkan segera dan pelantikan jawatankuasa baharu perlu diadakan semula kerana kami sudah hilang kepercayaan kepada jawatankuasa yang dibentuk sebelum ini.

“Kita tak mahu ada api dalam sekam yang akan memudaratkan kepimpinan UMNO Pusat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden parti,” kata Ketua Cawangan UMNO Bukit Pasir, Datuk Yusof A. Bakar.

Buang masa je kalau simpan ahli-ahli UMNO yang depan cakap lain tapi belakang cakap lain, manis tu kat mulut je tapi kat belakang Nauzubillah! Kutuk dan hina pucuk pimpinan, haishhh macam tu ke anggota UMNO yang dibanggakan??

“Kami harap, pucuk pimpinan parti dapat merombak semula saf kepimpinan UMNO Bahagian Pagoh demi memastikan semua ahlinya memberi sokongan padu kepada Najib.

“Tidak kira apa cara sekalipun, rombakan ini mesti disegerakan sebelum keadaan akan menjadi bertambah rumit pada masa akan datang.

“Kita tak mahu melihat ahli-ahli UMNO pakai baju Barisan Nasional (BN) pada musim pilihan raya akan datang tetapi undi tidak diberi kepada calon BN dan perkara seperti ini tidak mustahil akan berlaku,” jelasnya. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top