0

Undian kaum cina yang sinonim dengan DAP akan menjadi cabaran buat BN bagi menukar undian mereka kepada BN. Tetapi dengan pertelingkahan yang berlaku di dalam Pakatan Harapan, telah membuka mata mereka untuk memilih parti yang lebih kukuh serta cekap menguruskan pentadbiran dalaman parti serta mampu menjaga kebajikan rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong berkata keluhan daripada ramai kaum cina mendapati mereka merasa kesal dengan undian yang telah dilakukan bagi kemenangan DAP kerana tiada sebarang perubahan dilakukan dan penduduk merasa hanya dipermainkan oleh DAP dengan janji kosong mereka.

“Ahli-ahli  parti Gerakan di kawasan ini telah pun membuat pemantauan di kalangan penduduk di sini dan mereka mendapati ramai yang melahirkan rasa kesal kerana mengundi DAP “, katanya

Penduduk cina di Sungai Besar sendiri tidak suka dengan sikap DAP yang hanya mementingkan diri saja malah setelah memenangi Pilihan Raya, mereka tidak langsung bertanya khabar dan masalah yang terjadi di kawasan Sungai Besar khususnya, malah bayang pemimpin DAP juga tidak kelihatan.

Dengan adanya lawatan yang telah dibuat oleh calon BN  Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi dapat mengetahui dengan lebih mendalam masalah penduduk cina di kawasan tersebut dan membuka ruang untuk BN memperbaiki keadaan kawasan setempat dan juga menyelesaikan masalah yang telah sekian lama membelenggu akibat pemimpin DAP yang rakus.

Oleh itu, tumpuan yang lebih kepada pengundi Cina tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kaum lain terhadap BN kerana BN akan mengambil kira semua masalah rakyat tidak mengira kaum. Namun, Rakyat hanya perlu memilih dengan bijak bakal pemimpin mereka kelak. - Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top