0

Bertuahnya Siti Sarah Raisuddin dapat suami yang romantik macam ini, payah nak jumpa suami macam ini di masa sekarang.. Kalau ada tu Miss A minta tolang la hargai suami itu.. Miss A dapat tahu penyanyi Siti Sarah dah dapat hadiah paling besar dalam hidupnya bila telah menerima sebuah rumah yang diberikan Shuib..

Setiap kali Siti Sarah lahirkan anak, Shuib akan berikan hadiah sebagai tanda menghargai isterinya.. Sempena kelahiran anak pasangan ini yang ketiga, Shuib dah membuat kejutan dengan belikan Siti Sarah sebuah rumah mewah..

Pada yang masih tak tahu, setiap kali Siti Sarah selamat bersalin.. Penyanyi itu akan alami masalah hilang suara dan tak boleh menyanyi.. Sejak mendirikan rumahtangga dah hampir lima tahun Sarah dah tak menyanyi..

Tak salah rasanya atas pengorbanan isteri melahirkan cahaya mata alami masalah hilang suara, Shuib hadiahkan Sarah sebuah rumah.. Sudah dapat hadiah sebuah rumah dari Shuib, Miss A dapat tahu Sarah nak mulakan balik karier sebagai penyanyi..

Tetapi, disebabkan masih alami masalah hilang suara.. Sarah nak start dari awal iaitu praktis suara.. Shuib juga sentiasa beri sokongan pada isteri untuk kembali menyanyi.. Setiap kali praktis di rumah anak-anak selalu menggangu..

Sarah maklumkan disebabkan tak dapat prktis dengan baik di rumah.. Shuib bakal hadiahkan sebuah studio berhampiran dengan rumah pulak.. Jangan Shuib hadiahkan Sarah sebuah studio sebab Sarah bakal melahirkan cahaya mata keempat pasangan ini sudah la..hahaha..

Iyerlah, Shuib akan bagi hadiah pada Sarah setiap kali menimang cahaya mata..  Mana tahu Shuib bagi hadiah studio bila dah menimang cahaya mata keempat.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top