0


Pastinya perasaan teruja dan gementar akan sentiasa dirasai oleh saudara baru dalam Islam untuk menyambut bulan Ramadhan buat pertama kali.. Turut merasai perkara itu adalah, Stacy AF iaitu isteri Akim Ahmad..

Di bulan Ramadhan ini selain menunaikan ibadah puasa, ramai umat Islam akan melakukan solat terawih dan khatam Al-Quran.. Turut tak ketinggalan Stacy nak tumpukan perhatian mempelajari bacaan Al-Quran sepanjang bulan ini..

Stacy maklumkan dah mengupah seorang ustazah untuk mengajarnya mengaji.. Dalam seminggu, tiga atau empat kali ustazah akan datang ke rumah untuk ajar Stacy dan anaknya, Bella mengaji.. Untuk bulan ini Stacy akan mengurangkan aktiviti seni sebab nak lebih mendalami Islam..

Dah upah ustazah untuk ajar mengaji, ada pihak pertikaikan kenapa Akim tak nak ajar sendiri Stacy mengaji Al-Quran.. So Akim disifatkan tak reti membaca Al-Quran, sebab tu terpaksa upah ustazah untuk mengajar.. Asal upah ustaz atau ustazah je, kena label tak reti nak mengaji?

Habis, u’olls dok hantar anak-anak mengaji kat ustaz atau ustazah tu pun sebab u’olls tak reti nak ajar anak mengaji ke? Akim sebenarnya dok ajar je Stacy mengaji kat rumah, cuma Stacy yang pilih nak upah ustazah untuk dirinya ajar mengaji..

Tak salah pun Miss A rasa kalau minta bantuan pihak yang lebih mahir dalam mengajar saudara baru mengaji Al-Quran.. Apapun, niat murni Stacy upah ustazah untuk mengajar dirinya mengaji dah mendapat pujian dari banyak pihak.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top