0

Miss A rasa untuk tahun ini ada beberapa lagu yang boleh menjadi ‘song of the year’ kat Malaysia.. Kalau orang dengar mesti terikut nak menyanyi sekali walaupun tengah dahagakan air di bulan Ramadhan ini..hehehe..

Lagu baru dari band Khalifah ‘Hang Pi Mana’,lagu hasil ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh vokalis Yabang Khalifah.. Miss A dengar pun lagu ni memang best, sangat catchy ada unsur ala-ala dikir barat versi rock..

Penyanyi setakat suara merdu digunakan untuk menyanyi saja pun tak guna.. Apa kata guna suara merdu itu untuk mengalunkan azan..

Vokalis Khalifah Yabang dah buktikan suara merdu waktu menyanyi pun boleh melaungkan azan.. U’olls dah dengar alunan azan Yabang di Astro?

Sepanjang bulan Ramadhan ini di saluran 501 di Astro Awani, suara Yabang dah dipilih untuk mengalunkan azan menandakan waktu maghrib.. Kemerduan Yabang dalam alunan azan itu dah buatkan ramai netizen terpikat..

Bukan pertama kali Yabang melaungkan azan di Masjid, Miss A dapat tahu Yabang dah laungkan azan sejak umur 9 tahun lagi kat Masjid Kampung Pengaraban , Sabah..

Disebabkan dah miliki suara yang merdu dan Yabang ada kemampuan berqasidah ramai pihak yang bersetuju untuk pilih Yabang melangkan azan..

Waktu awal-awal lagi Yabang di tawaran supaya melaungkan azan memang vokalis lagu ‘Hang Pi Mana?’ dah setuju.. Untuk pengetahuan u’olls Yabang ni anak imam tau..

Agak-agak kalau penyanyi lelaki suara merdu lain dipelawa untuk melaungkan azan mahgrib ada yang nak tak? Hahahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top