0

Semalam, berlangsungnya debat mengenai isu terowong dasar laut di antara DAP dan Gerakan di Kompleks Masyarakat Penyayang, Georgetown dan debat tersebut telah dikendalikan oleh peguam Lee Khai.

Debat yang pada awalnya bermula dengan lancar dan tenang, bagaimanapun mula bertukar menjadi 'tegang' apabila para hadirin mula mengganggu pendebat serta pendebat melontarkan kata-kata 'kesat' ekoran tidak dapat menahan dengan gangguan tersebut.

Exco kerajaan negeri, Lim Hock Seng yang mewakili DAP dalam debat ini, tidak dapat menahan gangguan dari para hadirin telah melontarkan kata-kata kesat dalam ucapannya seperti 'bodoh, celaka dan samseng'.

Ekoran kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Exco kerajaan negeri itu, Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang yang dipenuhi 500 orang menjadi tegang sehingga terpaksa ditenang dan dileraikan oleh pihak keselamatan disitu.

Selain itu, debat ini juga menjadi 'tegang' apabila debat yang pada awalnya dicadangkan untuk membincangkan mengenai 'Tiga Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut' bertukar menjadi topik yang menyentuh mengenai pentadbiran kerajaan masing-masing.

Dengan menyentuh mengenai pentadbiran kerajaan masing-masing, dewan sekali lagi menjadi 'tegang' dan terpaksa ditenang oleh Lee Khai yang mengendalikan debat ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew turut hadir dalam sesi debat terbabit mendapat sorakan 'boo' dari hadirin yang hadir tetapi mendapat tepukan dari penyokong DAP.

Di akhir majlis debat ini, kedua-dua pendebat masih tidak berpuas hati ekoran merasakan soalan yang dikemukakan masing-masing tidak dijawab oleh pihak lawan.-AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top