0

Parti Keadilan Rakyat dan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail  mungkin sudah ketandusan idea dan calon untuk dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum akan datang. Sudah kehabisan calon yang sesuai mungkin, dan hanya tunggu suami Wan Azizah tu keluar je untuk diangkat semula menjadi calon.

Disebabkan sudah kehabisan stok calon yang sesuai jadi Wan Azizah kononnya mencabar  bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya itupun kalau Mahathir benar-benar mahu berjuang dan terus membabitkan dirinya dalam dunia politik yang semakin mencabar ni. Iyelaaa... Kalau dah tua tapi masih gila kuasa ni baik masuk bertanding je kan. Setidaknya dapat jugak Mahathir buktikan kebolehannya dan bukan cakap kosong je.

Gomez agak dalam hati Wan Azizah tu memang dia nak sangat Mahathir bertanding tapi cuma gunakan ayat ‘mencabar Mahathir’ sebagai pelindung. Yela dorangkan suka sangat agungkan si nyanyuk tu.

Dan kalau boleh dorang nak sangat Mahathir jadi ketua blok pembangkang dan buktikan yang Mahathir layak untuk berbuat demikian. Akai dorang tu cuma nak memperalatkan Mahathir bagi menarik undi je.

“Jika beliau mahu menjadi Ketua Pembangkang, masuk bertanding dahulu. Atau sekurang-kurangnya menjadi ahli di mana-mana parti terlebih dahulu,” katanya ringkas ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam.

Persoalannya sekarang ini, dengan usia Mahathir yang sudah sangat tua tu masih mampu ke dia nak main politik?? Cari orang lain jela... Ke semua yang ada langsung tak berguna?? Hahaha sudah habis calon yang layak mungkin.

Terdahulu, Dr Wan Azizah meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP. Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abdul Rashid Hasnon dan Timbalan Angkatan Muda Keadilan PKR, Dr Afif Bahardin. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top