0

Sebagai seorang ibu atau bapak perlu ada personaliti yang baik untuk ditunjukkan kepada anak-anak supaya menjadi ikutan.. Jika sikap baik ditunjukkan, anak-anak pun akan membesar dengan baik lah.. Kalau tidak, sebaliknya lah yer..

Seorang ibu kepada empat anak iaitu Nina Peterson, 37, berasal dari Florida, mempunyai personaliti liar yang tunjukkan pada anak-anaknya..

Nina mempunyai cara mudah untuk menyara hidup dan mendapatkan banyak duit, apalagi dengan cara ‘mengejar’ lelaki kaya untuk dijadikan sebagai ‘sugar daddy’ lah!

Kalau korang nak tahu, dia dah berjaya mengumpul lebih $1 juta dengan menggoda lelaki tua yang kaya-raya dan tak boleh blah lagi tu bila dia mengatakan dia tak kisah kalau anak-anak dia nak mengikut jejak langkah liarnya tu.. Mengejar kemewahan boleh buat seseorang tu ‘gila’!

Dua anak perempuannya, Juliana, 9 dan Ymahni, 12 pun tak kisah dengan ‘pekerjaaan’ ibu dorang kerana dorang berpeluang melancong ke luar negara dan mendapat hadiah yang mahal-mahal daripada lelaki terbabit..

Juliana mengatakan dia nak jadi macam ibunya.. Dia nak lelaki membayar segala keperluan dia bila dah dewasa nanti dan tak perlu risau mengenai apa-apa pun.. Haishhh!

Kecik-kecik macam tu pun dah pandai simpan angan-angan 'besar' macam tu yer, tapi tak menghairankan lah kerana si ibu sendiri dok tunjuk perangai liar depan anak-anaknya..

Nina berasa puas dengan ‘kerja’ yang dilakukannya tu kerana dia boleh dapat apa saja yang dia inginkan.. Mana tidaknya, dia berjaya memujuk lelaki yang digoda untuk membelanjakan wang lebih $100,000 untuk pembedahan kosmetik termasuk membesarkan payudaranya..

Nampak tak payudaranya tu, besar semacam jer.. Miss tengok macam buah kelapa jer.. Hahhaa.. Kalau dia berjalan luar tu, sudah pasti menjadi perhatian orang ramai..

Hadiah yang paling mahal dia dapat tu ialah kereta mewah Maserati Quattro bernilai $200,000 dan rumah yang didudukinya sekarang ni pun ditanggung sepenuhnya oleh lelaki kaya terbabit.. ‘Untung’ badan dapat hidup mewah dengan cara ‘murah’ macam tu noh! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top