0

Malang menimpa seorang wanita dari Belanda gara-gara melaporkan dirinya dirogol ketika bercuti di Qatar, wanita berusia 22 tu kini di ditahan kerana disyaki berzina.. Niat nak menuntut keadilan, tapi jadi sebaliknya pulak.. Huhuuhu..

Wanita tu mendakwa diberi dadah dalam sebuah hotel dan diperkosa.. Kejadian tu berlaku selepas dia menari dan kembali ke meja untuk minum, dia menyedari telah diberi dadah bila merasakan tidak sedap badan..

Namun mangsa mengatakan dia tidak ingat apa-apa tentang kejadian tu dan hanya sedarkan diri pada keesokan harinya di sebuah apartmen yang tidak dikenalinya.. Difahamkan, mangsa ditangkap pada Mac lalu kerana disyaki berzina..

Bagaimanapun, suspek sudah diberkas tetapi menegaskan kedua-dua mereka bersetuju untuk mengadakan hubungan seks dan wanita tu didakwa meminta bayaran wang..

Wanita tu pulak menafikan semua tuduhan yang dikatakan oleh suspek.. Haishhh! Berbelit-belit, yang mana satu betul tak tahu lah.. Apa-apa pun perbicaraan kes tu akan diadakan esok.. Tak tahu lah nasib menyebelahi wanita tu atau tidak.. - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top