0

Malang memang tak berbau.. Itulah yang terjadi pada seorang wanita di Ohio, Amerika Syarikat, hampir hilang seluruh kulit kepala selepas rambutnya tersangkut pada sebuah mesin di tempat kerjanya baru-baru ni..

Korang lihat jer lah keadaan wanita yang dikenali Stephanie Adkins di atas tu, ngeri jer tengok! Rambut Stephanie dikatakan tersangkut pada mesin pemotong logam di tempat kerjanya ketika dia tunduk untuk mengambil sesuatu di lantai..

Akibatnya menyebabkan kulit di seluruh kepala, leher dan ditelinga Stephanie tertanggal dengan teruk.. Stephanie kini dilaporkan semakin pulih selepas pakar di sebuah hospital di Columbus, Ohio berjaya menyambungkan semula kulit kepala dan telinganya..

Itupun pakar dikatakan terpaksa mengambil saluran darah dan urat dari kaki wanita tu untuk membantu membaiki kerosakan pada kulit Stephanie.. Selain kulit dan rambut rosak teruk, mata Stephanie pun rosak akibat insiden terbabit..

Insiden di tempat kerja memang sering diderangi.. Apa-apa pun, korang yang berkerja melibatkan mesin ni, kena lah berhati-hati yer.. Benda nak jadi dalam sekelip mata jer.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top