0

Miss rasa korang pun dah biasa sangat dengan ‘trend’ orang sekarang bawa di bulan Ramadhan ni, apalagi pakat ramai dok muat naik status ‘done’ lah.. Tak habis-habis muat naik status ‘done’ sahur lah, ‘done’ berbuka dan ‘done’ terawih..

Tak boleh blah, setengah tu dok buat gila selfie sambil solat.. Kononnya nak menunjuk sangat dorang pergi solat terawih.. Entah apa-apa punya perangai lah, nak solat pun menunjuk-nunjuk noh..

Itulah yang dikatakan riak dengan amalan dorang buat! Kalau dah ada perasaan riak ni, amalan dibuat tu akan jadi sia-sia jer.. Betul tak?? Macam minah kat atas tu pulak, dia pun termasuk dalam kalangan macam tu jugak..

Sikit-sikit nak mengambil gambar, kononnya nak tunjuk makanan berbuka puasa dia pada hari tu.. Cer korang lihat gambar minah tu kat atas tu! Makanan tu memang nampak sedap dan ‘healthy diet’ sangat, bikin terliur jer tengok.. Hihiihi..

Tapi tak sedap mata memandang tu pada satu tempat yang tak patut masuk dalam gambar tu! Korang nampak tak?? Minah tu nak tayang makanan berbuka dia ke atau ‘benda’ lain??

Baik punya dada mantopnya tu ditayangkan sekali, mengurangkan pahala orang lain jer tengok gambar macam tu.. Yela, dorang tak akan pandang dia punya makanan jer, betul tak??

Mesti dorang akan pandang tempat lain punya terutama lelaki.. Itu sebablah, kalau nak muat naik gambar tu pastikan tak ada ‘pemandangan’ yang menyakitkan mata masuk sekali yer! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top