0

Setiap individu mempunyai tabiat pelik masing-masing, kadang-kadang tu ada jugak sampai tak munasabah langsung.. Itulah yang dialami seorang wanita di Portsmouth, Hampshire, mula mengalami ketagihan makan bedak ketika mengandung anak pertama..

Ketagihan pelik tu bertambah teruk dan berterusan selepas dia bersalin.. Entah apa rasa bedak tu pun tak tahu lah yer, takat ada bau wangi bedak jer.. Bukannya ada rasa manis atau masam pun..

Wanita berkenaan yang dikenali Lizzie Foster, 25 dikatakan telah menelan hampir satu tan bedak talkum.. Korang lihat jer gambar di atas tu, riak mukanya gembira betul dapat makan bedak tu.. Macam ada ayam goreng jer depan mata dia.. Pelik betoiii!

Kalau korang nak tahu, Lizzie makan bedak talkum hampir sepanjang masa.. Tak kira lah masa sarapan dan menonton televisyen pun, bedak talkum tu dah macam ‘snack’ bagi dia.. Lebih teruk tu, masa pergi kerja pun dia dah sediakan ‘bekalan’ untuk ketagihannya tu..

Dalam beg tangan dia, sentiasa ada ‘bekalan’ bedak talkum.. Bukannya untuk tempek kat muka atau badan, tapi untuk dimakan.. Agaknya kalau dia tak dapat makan sejam, meroyan kot noh?? Ketagihan tu jugak menyebabkan Lizzie perlu berbelanja besar, korang nak tahu berapa belanja dia perlu keluarkan??

Dia terpaksa membelanjakan RM4,752.04 untuk memuaskan ketagihan peliknya tu.. Ketagihan pelik Lizzie ni sebenarnya disebabkan penyakit Pica iaitu penyakit gangguan makan yang pelik.. Bagi yang ‘menghidap’ penyakit tu, dorang terdorong nak makan benda yang bukan makanan seperti sabun, besi, kaca dan banyak lah lagi..

Itulah yang dialami Lizzie, makan benda yang tak ada khasiat atau nutrien.. Tapi Miss tengok dia masih sihat walafiat lah sampai sekarang walaupun dia dah ‘menelan’ bertan-tan bedak talkum.. Pelik! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top