0

Seorang wanita di Sydney terlampau taksub dengan anak patung, kini dia 'memelihara' 35 anak patung tu seperti 'anak-anaknya'.. Dia bukan takat ‘memelihara’ di rumah jer, malah membawa 'anak-anaknya' tu keluar bersiar-siar ke kedai runcit, pawagam atau sewaktu beriadah..

Nampak tak kalau seseorang tu taksub dengan sesuatu?? Wanita yang dikenali Silvia Heszterenyiova, 42 tu dikatakan telah mengumpul anak patung tu sejak dua tahun lalu.

Itu pun selepas menerima anak patung pertama yang dinamakan sebagai Isabella sebagai hadiah hari jadi daripada dua orang anak perempuannya.. Heszterenyiova sanggup membelikan baju dan pakaian yang bersesuaian mengikut masa untuk kesemua patung tu..

Dia mengatakan dia rasa kembali menjadi seorang ibu bila bersama-sama dengan anak patung tu semua.. Kalau korang  nak tahu, setiap hari dia akan membawa satu atau dua anak patung keluar ke kedai, pawagan atau bermain kasut roda.. Sampai macam tu sekali noh, macam tak betul pun ada Heszterenyiova ni! Hihii..

Lebih menarik tu bila dia mengatakan dia jugak membawa anak patung tu melancong ke luar negara.. Orang lain yang melihatnya pun sangkakan anak patung tu bayi sebenar tapi bila dorang mendapati tu cuma anak patung.. Dorang pun pandang Heszterenyiova pelik..

Tapi dia bukan takat menghabiskan masanya bersama anak patung jer.. Kini Heszterenyiova menghasilkan anak patung sendiri dan turut menjualnya menerusi internet.. Berbaloi lah dia menjaga anak patung tu semua, hasilnya dapat kembali.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top