0

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sangat yakin bahawa barisan jentera parti Barisan Nasional (BN) mampu untuk mengalahkan parti pembangkang yang kini menjadi geng kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zahid yang juga merupakan Naib Presiden UMNO meramalkan calon BN pasti akan menjadi pilihan pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar meskipun pembangkang menggunakan umpan Mahathir untuk meraih undi.

Beliau sangat yakin bahawa rakyat masih mampu untuk berfikiran waras dan rasional... Mampu untuk membandingkan parti mana yang berkelayakan untuk memimpin. Zahid juga yakin bahawa dalam hati masyarakat masih tersemat nama parti BN dan akan tetap memilih serta mengundi BN pada hari mengundi 18 Jun ini.

“Terdapat gelombang perubahan pengundi di atas pagar untuk bersama BN pada kali ini.

“Tentunya ucapan Tun M sering diviralkan di media sosial dan diharap ia tidak mempengaruhi keputusan pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya.

Kita faham sangat perangai Mahathir dan tujuan sebenar kenapa dia memilih untuk turut serta berkempen bagi pihak Pakatan Harapan... Semuanya gara-gara usahanya untuk menjatuhkan BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita faham beliau berada dalam persimpangan jalan politik untuk uji adakah beliau masih mempunyai populariti atau pengaruh.

“Kerana sewaktu menjadi pemimpin beliau menanamkan kepada kami rasa cinta kepada BN, insya-Allah kita akan ikut,” katanya.

Tujuan Mahathir memperburukkan Najib pastinya adalah untuk membuatkan rakyat benci kepada pemimpin nombor satu itu. Tapi rakyat harus ingat siapa kepala penyangak yang sebenar dan jangan terlalu mudah untuk terpedaya.

“Saya nak ingatkan diri saya kalau saya pernah dibenci, kita harap tidak ada rakyat yang membenci tokoh tertentu.

“Sakit rasanya bila ada kebencian yang datang dan harap Allah memaafkan agar kebencian itu tidak ditanam,” katanya.

Sebelum ini, Mahathir menggesa pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menolak Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membuktikan kebencian rakyat pada pemimpin berkenaan. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top