0

Sedih pula bila bapa kandung sendiri sanggup menipu anak-anak kandung dan tak mahu dedahkan perkara sebenar.. Kalau dengan bekas isteri tak nak kongsikan kisah peribadi tak apa la memang dah tak ada sebarang ikutan selepas bercerai..

Tapi, sebagai seorang bapa dengan anak kandung sendiri pun nak berahsia, anak kandung dah jadi macam ‘orang luar’.. Haa.. Miss A kesian kat pelakon Zahirah MacWilson.. Kecoh di media sosial sekeping gambar bapa Zahirah iaitu Zainol MacWilson sudah pun selamat diijab kabul dengan pasangan di Kangar, Perlis pada 19 Jun lalu..

Menurut sumber pernikahan Zainol dengan pasangan langsung tak diketahui oleh anak-anak kandung termasuklah Zahirah sendiri.. Alasan mahu perkahwinan ini dirahsiakan dari anak kandung dan orang ramai kerana atas permintaan dari keluarga pihak wanita..

Nak menghormati permintaan pihak wanita takkan sampai perlu membelakangi anak kandung sendiri? Rasanya sebagai anak pada Zainol, dorang perlu tahu dengan siapa bapanya bakal bernikah.. Wanita bakal bernikah tu nak jadi mak tiri kot, kenapa sampai perlu rahsiakan dari anak kandung?

Sedih hidup jadi anak-anak Zainol, bapa nak kahwin pun tak nak kongsikan pada anak.. Dah macam ‘di anak tirikan’ oleh bapa kandung sendiri..hahaha.. Bukan setakat media hiburan terkejut dengan pernikahan Zainol, anak-anak pun terkejut dapat tahu dapat mak tiri baru..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top