1

Sedang parti lori sampah, Parti Amanah Negara (Amanah) dok giat mengutip sisa kotoran dan sampah sarap yang dibuang daripada parti lain untuk didaftarkan masuk ke menjadi ahli dalam Amanah.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim ni pulak dok tengah sibuk menghasut bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah  yang dilaporkan telah meletak jawatan tu untuk bersama-sama menyertai gerakan Selamatkan Malaysia anjuran Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa yang bestnya dengan gerakan songsang tu haha!

"Husni adalah seorang lelaki yang baik dan orang yang baik tidak boleh tinggal di di limbah yang lama.

"Saya menggesa Husni datang menyertai gerakan Selamatkan Malaysia. Dia tahu cukup untuk melakukan sesuatu untuk negara," tulis Zaid di twitternya hari ini.

Haaaaa... elok sangat la tu kan, daripada Husni dok elok je baik macam tu si Zaid Ibrahim ni pulak sibuk nak ajarnya jadi jahat macam dorang. Biar Zaid Ibrahim dan kepada penyangak tu jela yang jahat tak payah la nak ajar orang lain buat jahat pulak eshhhh!!

tak baik tau ajar orang lain buat benda tak elok... berdosa bebbb! Tak takut ke?? Tak payah la korang nak perasan sangat yang si Husni tu letak jawatan sebab konon taknak bersekongkol dengan perdana menteri.

Itu semua satu tuduhan yang dibuat oleh orang-orang yang dayus dan penakut je. Padahal semua orang sudah diberitahu bahawa hasrat dan keputusan Husni untuk bersara sebagai menteri kewangan kedua dibuat atas sebab-sebab peribadi.... Langsung takde kena mengena dengan parti mahupun perdana menteri.

Tapi apa yang pelinya boleh pulak si Zaid Ibrahim ni samakan situasi yang dihadapi Husni dengan situasi yang dihadapinya ketika tahun 2008, apabila dia mengambil keputusan terdesak untuk meletakkan jawatan dalam kerajaan.

"Apabila saya meletakkan jawatan, Husni berkata, saya sepatutnya mempunyai kesabaran dan kerja dari dalam. Sekarang dia mungkin memahami sesuatu perkara lebih baik," katanya.

Langsung tak sama beb sebab Husni undur diri kerana masalah peribada dan ianya jelas. Jangan nak mempolitikkan isu tersebut. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. Orang kepala otak mereng tabiat dia memang macam tu.

    ReplyDelete

 
Top