0

Ini la jadinya kalau dah terlebih obses dengan sesetengah pemimpin... Bukan setakat jadi khadam tapi dorang sanggup memuja pemimpin tersebut dan tergamak menggelarkan pemimpin yang dipuja mereka itu sebagai Malaikat.

Datuk Zaid Ibrahim yang terlalu taksub dengan  Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menyamakan pemimpin tersebut seperti Malaikat. Malah Mahathir dianggap lebih Malaikat daripada Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir dipuja dan dianggap seperti Malaikat oleh Zaid Ibrahim hanya kerana dikatakan bekas perdana menteri itu memerintah jauh lebih baik dari perdana menteri sekarang. Ohhh maknanya Mahathir ni paling mulia la kot noh dan tak pernah buat dosa, maksum la katakan.

“Apabila saya berada dalam Umno, parti tersebut tidak diurus sedemikian rupa. Dr Mahathir seorang malaikat berbanding Najib,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Zaid Ibrahim ni mesti makan dedak gred AAA daripada Mahathir sebab tu tahap memuja dia tu memang level dewa punya bebb! Dia punya membela Mahathir tu memang perhhhh superbbb kata kau!

Si pemakan dedak Mahathir ni berang apabila tuannya dicerca dan dilayan dengan ‘teruk’ oleh UMNO sehingga orang tua tu ‘terpaksa’ keluar daripada parti UMNO. Katanya Mahathir tak patut dapat layanan buruk... Habis kau ingat dunia ni syurga?? Nak layan Mahathir macam bidadari?? Macam tu?

“Mereka sangat jahat, melayan Dr Mahathir seolah-olah musuh rakyat di negara ini. Itu bukan caranya kita melayan bekas pemimpin,” tegasnya.

Walaupun dah banyak kali Mahathir dan kuli-kuli batak dia tu diberi peluang dan diberi muka... Tapi dorang sikit pun tak hairan dan insaf. Sebaliknya mereka bertekad mahu terus menggulingkan perdana menteri. Patut ke UMNO nak bagi peluang lagi kat orang macam ni??

“Saya berasa kasihan terhadap Najib, beliau telah kalah. Bagaimanapun, pergerakan Save Malaysia akan diteruskan. Perjalanan kami masih jauh dan kami akan melakukannya.” kata Zaid Ibrahim.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top