0

Senang-senang je Datuk Zaid Ibrahim ni cakap yang rakyat sekarang ni suka makan rasuah, suka bila dapat habuan dan ganjaran. Katanya rakyat tak kisah lagi kalau pemimpim mereka lakukan ‘kesalahan’ janji dorang dapat habuan.

“Orang Melayu tidak kisah tentang 1MDB atau isu selagi mana Barisan Nasional memberikan mereka habuan, mereka akan berpuas hati,

“Orang Melayu yang ‘warak’ mahukan kerajaan Islam. Ramai pengundi pada pilihan raya menyokong PAS kerana selagi mana PAS menjanjikan hudud dan balasan di Akhirat, mereka akan terus menyokong parti itu,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengulas kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lepas.

Pelik betul la dengan perangai manusia sekarang ni, sudah kalah tu buat cara kalah la tak payah nak salahkan orang lain boleh tak?? Lepas tu tuduh segala agenda dan manifesto yang bakal dilakukan kerajaan untuk rakyat adalah ‘rasuah’ dan ‘habuan’ sebagai balasan dorang undi kerajaan.

Ehhhhh pelik sungguh la... Jaga kebajikan rakyat pun kena kritik tak jaga lagi la! Tak faham betul la dengan dorang ni, apa yang dorang nak sebenarnya! Orang-orang yang tak cerdik dan cemburu je yang selalu mengkritik kerajaan ni.

Tengok macam Zaid Ibrahim ni, sudah la tuduh rakyat suka makan ‘habuan’ lepas tu bagi pulak cadangan bodoh. Zaid mencadangkan supaya parti pembangkang tak payah nak sertai semua pilihanraya yang akan datang. Tunggu sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi ‘bebas’, amalan rasuah dan pembelian undi dibanteras, dan pasukan polis menguatkuasakan undang-undang pilihan raya.

Lagi satu saranan Zaid, pembangkang tak payah nak sibuk-sibuk sertai pilihanraya. Elok tunggu sehingga ketua penyangak bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

“Itu yang mereka katakan sekarang, bukan sahaja Tun M ditolak rakyat, malah Tuhan juga menyambut kemenangan mereka. Pembangkang perlu serius mempertimbang memboikot semua pilihan raya di masa akan datang.

“Tidak perlu memberi gambaran mereka (kerajaan) sah di mata dunia,” kata Zaid dalam tulisan blognya hari ini, mengulas kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Sabtu lepas.

Hahaaa... kalau nak tunggu Anwar keluar pun apa je yang dia boleh buat?? Gegarkan satu dunia dengan kuasa vito dia tu ke?? Udah-udah ler tuuu... Belajar la terima hakikat yang kroni korang kalah.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top