0

Sebut saja nama Zarina Anjoulie mesti uolls semua dah kenal pelakon yang cukup terkenal dengan pelbagai kontroversi liar.. Kalau tengok gaya hidup Zarina, dah macam pelakon dari Hollywood yang terlibat dengan dadah dan jadi model berpenampilan separuh bogel..

Dah lama meninggalkan Malaysia dan dah kembali ke tanah airnya Brunei.. Zarina dah pun sah menjadi isteri kepada kekasihnya yang didakwa kaki pukul isteri.. Memang dah lama tak dengar berita pasal Zarina bila dah menetap di Brunei kan?

Baru-baru ini, di bulan Ramadhan banyak program yang dianjurkan pihak media untuk artis-artis tempatan.. Memang banyak artis-artis tempatan terlibat dengan program jualan.. Salah seorang artis yang terlibat dengan program jualan ini adalah Azza Elite.. Azza ikut karnival jualan ini dengan menjual jubah dan menjual produk kecantikan sendiri..

Karnival jualan ni dah pun mula beroperasi di Brunie, Azza dah kongsikan beberapa keping gambar menyertai program tu kat Brunei.. Ada beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh Azza di akaun Instagram dah buatkan ramai orang terkejut..

Waktu berniaga di Brunei Zarina dah singgah kat booth niaga Azza.. Terkejut Miss A tengok penampilan Zarina sekarang ni wei.. Dah betul-betul berubah dari Zarina dah dikenali sebagai gadis liar di Malaysia..

Zarina dah pun berhijab sepenuhnya dan berhijab pun bukan macam artis-artis wanita lain yang hanya ikut trend.. Pakai tudung tapi dok pakaian lagi baju ketat dan seluar sendat.. Tapi, Zarina berhijab dan menutup aurat sepenuhnya dengan berpakaian jubah..

Lebih mengejutkan Zarina kini dah pun hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya.. Dah tak aktif dalam industri seni Zarina dah mula buat bisnes dari rumah dengan jual makanan yang di masak sendiri.. Memang betul-betul terkejut Miss A tengok penghijrahan Zarina.. Semoga Zarina terus istiqamah dalam berhijab.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top