0

Ingat lagi tak pasal pelakon Zarina Zainuddin yang anak-anaknya malu sebab mak dorang tak bertudung? Dulu ramai orang ingat Zarina memang dah bertudung, tapi Zarina maklumkan dia bertudung hanya untuk watak dalam drama..

Di bulan yang mulia ini, menerusi akaun Instagram milik Zarina.. Banyak gambar-gambar yang dikongsikan Zarina dah pun berhijab.. Adakah Zarina dah berhijab sepenuhnya atau berhijab untuk menghormati bulan ramadhan? Sebab ramai juga artis tak berhijab sepenuhnya, tetapi dorang bertudung pun hanya untuk menghormati bulan Ramadhan..

Tapi, bila dah betudung ni rupa-rupanya Zarina pun dah keluarkan jenama tudungnya sendiri.. Nama tudung yang dijual Zarina adalah ‘Lovely Addura By Zarina Zainuddin’.. Kalau artis-artis wanita lain banyak jual tudung shawl atau instant shawl..

Zarina keluarkan jenama tudung sendiri yang lebih kepada tudung ‘sarung siap’.. Alah yang tudung mak cik-mak cik selalu duk pakai tulah.. Hehehe.. Asal artis bertudung je keluarkan jenama tudung sendiri, betul-betul ikhlas nak bertudung ke atau pakai tudung sebab nak jual tudung je?

Maklumlah, nak dekat-dekat nak raya ni kalau jual tudung dan baju raya memang akan mendapat sambutan.. Ramai pelanggan yang akan membeli sebab nak menyegak di hari raya.. Bila tamat saja raya dan ramadhan, tudung pun ikut terbang..

Kalau nak bertudung biar istiqamah, jangan bertudung sebab nak berfesyen atau nak berniaga.. Semoga Zarina betul-betul sudah berhijab, anak-anak yang masih kecil pun malu sebab mak tak bertudung.. Tapi, mak tak reti nak malu tayang aurat kat orang ramai.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top