0

Bukan senang artis tempatan nak mendapat tawaran buat pertama kali dari pembikin filem di Indonesia.. Zizan Razak yang tak pernah berlakon dalam mana-mana produksi di negara seberang agak terkejut bila mendapat tawaran dari sebuah produksi di Indonesia..

Zizan maklumkan namanya terpilih untuk menyertai projek yang dilakukan sebuah produksi Indonesia sebab pihak produksi suka dengan personaliti dan cara Zizan berlakon.. Zizan hanyalah satu-satunya pelakon dari Malaysia yang terpilih dalam projek ini..

Kalau artis tempatan lain ditawarkan oleh produksi luar, pastikan pelakon akan gunakan ini sebagai salah satu cara untuk kembangkan  karier sebagai pelakon di Indonesia.. Zizan pulak rasa tawaran ini bukan satu sebab dia nak kembangkan karier di Indonesia.. Kalau terima tawaran cuma mahu jadikan pengalaman..

Zizan hanya akan terima tawaran sebagai mencari pengalaman untuk berlakon disana dan belajar cara pihak produksi di sana bekerja.. Buat masa ini Zizan masih tak menandatangani sebarang kontrak sebab itu masih lagi di peringkat tawaran..

Untuk watak apa yang dah ditawarkan pada Zizan tak pula didedahkan.. Selalunya watak hero dan watak utama akan dipegang oleh artis Indonesia yang kacak-kacak nak muka jambu.. Macam mana Zizan boleh dapat tawaran pihak produksi?

Mungkin hanya pegang watak sampingan dan bukan watak utama..hahaha.. Projek terbaru apa yang cuba dilakukan pihak produksi Indonesia tu tak tahu la.. Tak sabar pulak Miss A nak tengok projek itu kalau Zizan terima tawaran tersebut.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top