0



Artis ‘sendu’ yang merajuk dengan industri hiburan tempatan dan membawa diri dan mencuba nasib mahu menjadi artis popular di Indonesia iaitu Zoey Rahman.. U’olls semua dah tahu kan Zoey dah pun menjadi artis di Indonesia?

Sama ada akan menjadi artis popular atau tidak, boleh tengok Sinetron yang ditayangkan di TV Malaysia.. Kalau ada wajah Zoey jadi pelakon dalam sinetron, nampaknya memang dah menjadi artis popular seperti Ashraf Sinclair..

Terbaru, Zoey ada memuatnaik video untuk mempromosikan drama lakonannya di akaun Instagram.. Menerusia video yang dikongsikan, Zoey sempat untuk beraksi menayang ‘biceps’ untuk tontonan peminat.. Walaupun muka jambu tak sangka ada ‘biceps’..hehehe..

Nak tunjuk benda lain, benda lain yang peminat tengok.. Bawah lengan Zoey nampak macam ada tanda hitam, nampak macam ‘tattoo’.. Bila Zoey sedar waktu dia tayang ‘biceps’ nampak ‘tompok hitam’ bawah lengan, Zoey nampak macam nak sembunyikan..

Ruangan komen Zoey penuh pertanyaan dari peminat sama ada pelakon itu dah mencacah tattoo bawah lengan.. Zoey ni beragama Islam kan? Tak tahu ke halal atau haram hukum mencacah tattoo pada anggota badan?

Tak mendapat respon dari empunya badan, sebuah akaun Intagram milik kelab peminat Zoey tampil membalas komen peminat.. “not tattoo lar.. lengan abam zoey kena enjin go kart masa shooting meletop kebaboom. Hope uolls jgn salah faham”.. tulis kelab peminat Zoey..

Kalau dah sampai timbulkan salah faham yang serius macam ni, Miss A rasa tak salah kot Zoey tampil untuk menjernihkan keadaan dengan memberi respon pada komen peminat.. Diva sangat ke sampai tak boleh nak balas komen peminat, nasib baik ada kelab peminat yang bagi respon.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top