0

Tak sangka dalam diam-diam, pelakon dan pelawak Zulin Aziz mempunyai bakat terpendam iaitu menulis lirik lagu.. Malah lirik lagu yang telah ditulis olehnya sejak dua tahun lalu dibuat untuk anggota kumpulan Forteen, Ariz Lufias..

Romantik sungguh Zulin pada Ariz, bersusah payah selama dua tahun semata-mata nak menghasilkan lagu untuk Ariz.. Tajuk lagu yang ditulis oleh Zulin adalah ‘Menjauh’, dari segi persiapan Zulin maklumkan Asfan akan hasilkan..

Bila lagu itu akan keluar masih lagi tak dapat dipastikan, buat masa sekarang lagu itu akan disimpan sementara menunggu proses rakaman.. Zulin selesa untuk berkerja dengan Ariz, sebab itu Zulin pilih Ariz sebagai penyanyi untuk lagunya itu..

Lirik lagu yang ditulis Zulin dah macam kisah cinta antara Zulin dan Ariz je tau.. Hubungan cinta yang tak direstui oleh netizen, so terpaksa ‘menjauh’..Nak tahu maksud lagu yang ditulis Zulin ini menceritakan tentang apa?

Haa, maksud lagu ini adalah tentang seorang lelaki terpaksa menjauhkan diri dari perasaan cintanya yang rumit, tapi bila jauh perasaan dia tak pernah hilang terhadap perempuan itu, makin jauh namun makin sukar untuk lelaki itu melupakan perempuan itu..

Ariz yang terpaksa melupakan perasaan cintanya pada Zulin, disebabkan peminat tak suka hubungan cinta pasangan ini.. Ariz masih didalam dilema tak tahu nak pilih peminat atau cinta..hahaha

Kahwin jela Zulin dan Ariz, pelakon Hafidz Roshdi pun kahwin saja dengan tunangnya walaupun dikritik dan dihina.. Mulut manusia, lama-lama senyap juga.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top