1

Setelah usainya pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang menyaksikan kemenangan berganda menjadi milik Barisan Nasional (BN)... Mula la bunyi suara-suara sumbang yang tak puas hati kerana tewas kepada BN.

Paling mengujakan... Parti pembangkang yang terpaksa menghadapi kekalahan kini sedang ‘berpesta’ menyalahkan antara satu sama lain. saling menunding jari dan salahkan parti lain atas kekalahan parti mereka.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin menyalahlah Pas diatas kekalahan calon Parti Amanah Negara (PAN) yang mewakili Pakatan Harapan. PAN kalah disebabkan perangai Pas yang tetap berdegil dan tetap mahu bertanding pada PRK Sungai Besar, sehingga menyebabkan PKR kehilangan peluang untuk menawan kerusi Parlimen tersebut.

Ohhhhh... Rupa-rupanya PKR pun ada hati jugak nak bertanding noh! Kata Zuraidah, keputusan yang diperolehi mungkin akan berbeza sekiranya Pas memberi laluan kepada PKR untuk meneruskan perjuangan pembangkang di Sungai Besar.

“Saya terkilan kerana PKR cuba berunding dengan Pas untuk diberi laluan bagi bertanding. PKR telah cuba berunding sehingga saat-saat akhir.

“Malangnya Pas tidak beri laluan dan teruskan bertanding. Jadi inilah keputusan yang kita lihat,” katanya.

Bila dah kalah teruk macam ni mula la masing-masing nak salahkan orang lain, padahal dorang tak sedar yang kesilapan tu datang dari diri mereka sendiri. Parti pembangkang sendiri yang masing-masing gilakan kuasa dan tak boleh nak capai kata persetujuan jadi jangan nak salahkan orang lain pulak.

“Untuk menang memang susah. BN sudah dapat jangka yang mereka akan menang. Itu normal dalam suasana PRK,” katanya lagi. -TiraGomez/Utaranews.com

Post a Comment

  1. Pisang! Tembikai! Papaya! Rambutan! Mari mari! Murah murah!

    ReplyDelete

 
Top