0


Setelah sebulan berpuasa, kini Syawal telah menjelang.. Dalam kesibukan orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, kucing pun tidak ketinggalan untuk turut serta.. Korang ingat, korang jer nak beraya yer.. Kucing kat atas tu semua pun nak beraya jugak lah.. Hahhaaha..

Itulah yang berlaku kepada 50 ekor kucing yang dapat pulang beraya bersama tuan dorang iaitu Rosnani Sulaiman dari Semenyih, Selangor ke Machang..

Banyak betul kucing dia bela yer, inilah yang dikatakan betul-betul pencinta kucing yang tegar! Tak sanggup nak tinggalkan seekor kucing pun, diangkut kesemua bawak balik ke kampung..

Gambar Rosnani dan kucing-kucingnya yang dalam perjalanan pulang ke kampung telah menarik perhatian ramai sampai menjadi viral di laman sosial sebaik sahaja dimuat naik oleh Rosnani di laman sosialnya..

Korang lihat jer lah keadaan dalam kereta Rosnani di atas tu, ada yang bebas dan ada jugak yang dikurung dalam sangkar.. Dia pun siap letak salah satu kucingnya atas riba sambil memandu.. Comel betul tengok semua kucing tu, rasa nak gomol-gomol jer.. Hihihii..

Ramai yang memuji usaha Rosnani dan berharap dia bersama kesemua kucingnya selamat tiba di destinasi.. Ada jugak yang tertanya-tanya macam mana dia mampu menguruskan kesemua kucingnya di dalam kereta untuk tempoh yang lama.. Tuan punya kucing, tahu lah dia menguruskannya yer.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top