0

Bila adanya lambakan media sosial yang boleh jadi tempat untuk melepaskan segala, macam-macam lah bersepah kat situ.. Yela, sikit-sikit nak muat naik status dan gambar, tak kira lah sedang korek hidung pun nak beritahu.. Betul tak??

Itu memang dah menjadi tabiat orang sekarang, handphone sentiasa melekat kat tangan untuk mengetahui perkembangan semasa.. Kalau tak ada handphone, tak boleh nak hidup.. Kalau tak, tak adanya seorang lelaki matsaleh sanggup berkahwin dengan handphonenya baru-baru ni..

Kononnya dia nak menghargai dan tak boleh hidup tanpa handphonenya.. Siap bagi pakai cincin bagai.. Itu hanya orang ‘gila’ jer mampu buat, otak dorang dah tak boleh berfungsi dengan baik!

Minah kat atas tu adalah seorang yang tak taksub dengan handphonenya dan batak perhatian.. Korang baca dia punya status dimuat naik tu di laman sosial WeCahatnya tu.. Harap kan manis bertudung jer, tapi bercakap tak ada adab langsung! Minah ni jenis mulut pedas dan lancang betoii!

Tak pasal-pasal babi jadi ‘mangsa’ yer.. Kononnya tu nak melepaskan geram, itu pasal terkeluar habis kata-kata kesat sampai tak menggambar kemanisan dan kelembutan seorang gadis dah.. Ini kalau bakal mak mentua tahu perangai macam tu, awal-awal dah reject.. Takut dapat menantu ‘membabikan’ dia pulak.. Hahaha..

Macam ni lah yer.., kalau nak marahkan sesuatu atau seseorang tu, Miss rasa tak payah lah nak mengeluarkan kata-kata kesat sampai macam tu sekali.. Tak manis bila seorang perempuan berkata-kata macam tu, hilang kemanisan dan kelembutan!

Lelaki nak mendekati pun terbantut, betul tak?? Nak berkata-kata tu biar berlapik lah sikit, jangan main bedal jer.. Buruk jer dipandang kalau cakap main lepas sesuka hati jer! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top