0

Selepas didakwa atas 2 tuduhan rasuah, orang ramai menggesa Lim Guan Eng supaya melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.... Ini kerana, orang ramai mahu Guan Eng berpegang kepada prinsip DAP yang sering mengamal sikap integiriti.

Tindakan Guan Eng yang enggan melepaskan jawatan selepas terpalit dengan 2 tuduhan rasuah ini.... Benar-benar mencalarkan imej DAP yang kononnya sebuah parti yang bersih dan suci.... Guan Eng sepatutnya melepaskan jawatannya bagi menjaga nama baik parti cina kiasu itu... Tetapi Guan Eng berkeras untuk tidak melepaskannya.

Guan Eng sebelum kantoi terbabit dalam tuduhan rasuah ini.... Begitu lantang bersuara menggesa pemimpin yang terpalit tuduhan rasuah untuk melepaskan jawatan... Tapi, itu semua hanya kata-kata kosong dari Setiausaha Agung DAP itu... Bila terkena batang hidung sendiri, haram takda pula nak buat macam tu!!

Selain itu, tindakan Guan Eng yang enggan melepaskan jawatan telah di anggap oleh orang ramai sebagai 'cakap tak serupa bikin', apabila Guan Eng sebelum ini lantang menggesa pemimpin yang terpalit dengan tuduhan rasuah untuk melepaskan jawatan yang disandang.

Tetapi, bila perkara ini terjadi ke atas dirinya.... Guan Eng begitu liat untuk melepaskan jawatan, sehinggakan sanggup menuduh dakwaan ke atas dirinya merupakan kerja pemimpin Barisan Nasional/Umno dan Pas.

Berbalik kepada gesaan orang ramai yang meminta Guan Eng melepaskan jawatan, Andy agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa terdapat ahli DAP yang mahukan Setiausaha Agung DAP itu untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri.

Andy ingatkan, ahli DAP akan sentiasa menyokong Guan Eng untuk terus kekal sebagai Ketua Menteri.... Tetapi, jangkaan Andy meleset sama sekali... Terdapat juga ahli DAP yang tidak bersetuju Guan Eng untuk terus kekal sebagai Ketua Menteri dan menggesa Guan Eng supaya berundur.

Ahli DAP Cawangan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind yang menggesa Guan Eng melepaskan jawatan berkata, Guan Eng perlu berundur dari jawatannya sehingga kes mahkamah selesai meskipun Guan Eng tidak mempunyai pengaruh terhadap SPRM mahupun pendakwa raya.

"Jadi Guan Eng sepatutnya mengambil cuti daripada jawatannya secara sukarela dan kembali semula ke pejabatnya apabila namanya dibersihkan," kata Shamserh Singh.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top