0

Ahli Pas yang meyertai fahaman Islamik State (IS) tidak akan kekal sebaliknya akan membuat keputusan sendiri untuk keluar dari jemaah.

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tidak menolak pengaruh IS boleh meresap dalam mana-mana organisasi termasuk Pas, namun mereka tidak kekal dalam parti.

"Pas mengajar Islam yang wasatiah atau sederhana,mana-mana yang langgar konsep ini mereka akan terkeluar.

"Sejarah membuktikan mereka yang tidak boleh mengikut perjuangan Pas akan sendiri berundur dengan sendiri tanpa perlu dipecat,"katanya kepada media di Majlis Aidilfitri di kediaman Exco Kerajaan Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Post a Comment

 
Top