0

Industri seni ni kecil je, pusing mana pun nanti jumpa juga orang yang sama.. Dah dalam industri seni yang sama kenapa pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus tak nak bersikap professional untuk terima saja sebarang tawaran walaupun melibatkan bekas kekasih?

Anis adalah salah seorang bekas kekasih pada pelakon Sharnaaz, suatu ketika dulu waktu Anis masih lagi tak aktif dalam industri seni, pasangan ini hangat bercinta.. Sharnaaz juga pernah dedahkan dah pun berjumpa keluarga Anis..

Tapi, jodoh pasangan ini tak panjang, putus di tengah jalan.. Punca pasangan ini berpisah tak didedahkan, pasangan ini berpisah secara baik.. Tak berlaku sebarang pergaduhan dan status tak berpuas hati di akaun sosial..

Dah lama berpisah, Sharnaaz dah memiliki kekasih hati yang baru merupakan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila.. Pasangan ini pernah timbulkan kontroversi sebab selalu muatnaik gambar mesra bersama..

Anis yang dah semakin mula mendapat tawaran dalam industri hiburan dedahkan akan tolak sebarang tawaran kalau ada Sharnaaz.. Anis akui selalu juga terserempak di majlis hiburan tapi Anis akan cuba elakkan dari bertembung..

Baru-baru ini, Anis dapat tawaran berlakon sebabkan dapat tahu Sharnaaz juga akan terlibat sekali dalam penggambaran itu Anis dah pun tolak tawaran tu.. Kalau digandingan dalam set penggambaran yang sama Anis takut jadi masalah..

Masalah apa yang cuba dimaksudkan Anis tak dapat di pastikan, mungkin Anis takut kekasih hati Sharnaaz, Noor Nabila cemburu kalau tengok bekas kekasih ini digandingkan bersama? Itu yang Anis tolak semua tawaran kalau Sharnaaz ada bersama..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top